Assalamualaikum. Setelah berpenat lelah berfikir akhirnya I just give it a try.
Harap-harap dapat makan dengan evelyn..
**********
Bab 28
Hana melutut dan menenangkan Emmel yang menangis
teresak-esak. Setelah tangisan Emmel makin reda, dia terdengar ada suara garau
yang menegurnya.
Dup Dap Dup Dap..
Jantung Hana berdebar dan tubuhnya bergetar ketika
melihat Haydar di belakang Emmel.
Haydar? Hana terus bangun. Dia memejam mata dan
berharap agar ini semua hanya mimpi. Dia berharap yang susuk tubuh dilihatnya
itu Haydar.
“Hana
Sofea? Ya Allah. Tak sangka jumpa awak kat sini. You still remember what I told you before
right?”
Ayat terakhir membuatkan dia sedar bahawa ini bukan mimpi. It’s reality and it’s happening right now.
“Hana? Awak dengar tak ni? Kenapa awak macam
terkejut? Who is this cute girl? Kenapa
dia panggil awak mommy”
Who
is this girl?
Hmm. Sesak kepalanya berfikir untuk menjawab. Dan
akhirnya..
“Haydar.. This
is Emmel. She is.. Hmm. She is my daughter.” Hana tidak berani untuk
menatap mata Haydar dan nada suaranya kedengaran gugup.
“What?
Kenapa saya tak tahu pun? Kenapa dia dah besar ni? Awak tipu saya masa atas
flight tu? I can’t believe this. You such
a pretender! Tak sangka saya sebodoh ni.”
Dia tiada jawapan untuk soalan Haydar. Intonasi
suara Haydar juga kedengaran kasar. Amat memalukan apabila ditempik di khalayak
umum. Tanpa mempedulikan Haydar, Hana mengangkat Emmel dan mendukungnya untuk
segera berlalu dari situ.
Tiba-tiba..
“Hana!”
Lengan Hana ditarik dari belakang. Pergerakannya
juga terhenti dan dia terdorong sikit ke belakang. Emmel mengangkat kepala dan
memandang Hana.
“Mommy. Is
this uncle your friend? Why is he following us? Why did he scold you just now? I’m
scared..”
“He’s a friend
of mine sweetheart. Don’t worry, he is a
nice guy.”
Emmel hanya diam tatkala mendengar jawapan Hana. Hana
menurunkan Emmel dari dalam dukungannya.
“Awak nak apa lagi Haydar? I’m a pretender remember? Awak lupa dah ke apa yang awak baru cakap tadi?’
Haydar hanya diam tak berkutik. Dia memegang kedua
belah bahu Hana dan bersuara ..
“Kenapa Hana? Kenapa awak buat saya macam ni? Apa
salah saya pada awak? Awak boleh berterus terang masa atas flight tu kan?”
Haydar bersuara sebak dengan mata yang berkaca.
Awak tahu tak betapa sengsaranya hati saya selepas
kita berpisah haritu? Half of my soul is
gone.
Saya asyik teringatkan awak saja Haydar. Separuh
jiwa saya pergi. I’m sorry Haydar. I wish
I could tell you everything now.
Mereka bermonolog dalam hati. Dua-dua diam tak
berkutik. Emmel pula hanya berdiri di sebelah Hana sambil mata terkebil-kebil
memandang mereka berdua.
“I’m Sorry
Haydar. Saya ..” Hana bersuara sambil air matanya menitis setitik ke pipi.
Haydar menggoncang bahu Hana dan bersuara.
“Awak apa Hana? Kenapa susah sangat awak nak
cerita?”
“Boleh tak kalau awak percayakan saya? I promise you that one fine day you will
know everything.
Semuanya dari mula sampai akhir.”
Hana bersuara lirih dengan mata penuh berharap. Saya
takkan beritahu awak perkara sebenar sekarang Haydar sebelum saya meminta izin
dari Fawwaz. Ini hal berkaitan Emmel jadi Fawwaz pun berhak tahu. Hana
bermonolog dalam hati. Sesekali matanya memandang Emmel dan Emmel juga
memandangnya dengan pandangan yang ‘blur’. Mata Haydar yang sedari tadi
memandang Hana beralih pula kepada Emmel. Dia duduk bercangkung dan senyum
kepada Emmel sambil tangannya mencuit pipi gebu Emmel. Emmel mebalas
senyummanya. Dia mendukung Emmel.
“Saya percayakan awak Hana. Saya tahu awak takkan
tipu saya sebab mata awak tak pandai berbohong.”
Kedengaran nada suara hampanya. Selepas beberapa
minit terdiam kedengaran suara Emmel pula.
“Uncle... Uncle marah mommy ke?”
“Uncle tak marah mommy la. She’s my girlfriend. How can I scold her?”
“Tapi mommy dan ada Emmel dan daddy.”
“Mana daddy Emmel?”
“Daddy pergi..”
Hana memotong percakapan Emmel. Dan segera
mengalihkan topic perbicaraan mereka.
“Emmel sayang. Uncle penat la dengar Emmel cakap. Why don’t we take him for a walk?”
“Yeayy.. Emmel boleh dapat ice-cream and balloon.”
Emmel melompat keriangan di dalam dukungan Haydar.
Haydar hanya tersenyum dan tergelak kecil dengan telatah Emmel. Mereka berjalan
di sekitar situ. Hanya Emmel yang banyak berbicara. Hana dan Haydar hanya diam
seperti patung bernyawa. Mereka mencari tempat duduk untuk melepaskan lelah
berjalan. Emmel masih leka dengan ice-cream
di tangannya. Hana berdehem sebelum bersuara.
“Girlfriend awak sihat? Saya nampak dia selepas kita
sampai haritu.” Haydar diam dan hanya
memandang ke depan tanpa bersuara.
“Haydar? Awak dengar tak apa yang saya tanya?”
“Hah? Apa awak tanya tadi?”
“Awak ni kan.. Saya tanya girlfriend awak sihat ke?
Saya nampak awak dengan dia dekat airport
masa kita
arrive sini haritu?”
“Ohh. Saya dah break-off
dengan dia.”
“Kenapa?”
“Sebab saya tak boleh lupa awak. I kept thingking of you Hana. Each and
everyday.”
Hana terus menolehkan kepalanya untuk melihat muka
Haydar. Haydar masih lagi di kedudukan statik. Dia hanya memandang ke arah
hadapan. Hana menghadap Haydar dengan mata yang terbuka luas dan mulut
terlopong.
“Haydar..” Air mata Hana menitis lagi di pipinya.
Bunyi deringan telefon bimbit membuatkan dia cepat-cepat menyeka air mata yang
jatuh dengan hujung jari. Dia terus menjawab panggilan itu tanpa melihat nama
pemanggil.
“Hana.. Awak dengan Emmel dekat mana ni? Saya dah
habis meeting and I miss you both.”
Hana hanya memberitahu dia di mana dengan nada suara
yang mendatar dan mematikan panggilan. Dia masih terkejut dengan ayat ceria ‘miss you both’ dari Fawwaz. Haydar tiba-tiba
memegang tangannya seraya mematikan pemikirannya terhadap ayat yang diucapkan
Fawwaz tadi.
“Hana, awak ingat lagi kan ayat terakhir saya
sebelum kita berpisah haritu?”
“Ingat. Kenapa?”
“You know what
Hana? I really meant what I said to you that day. And now I won’t give up Hana.
I will trust you and half of my soul will stay by your side. Always..”
“Daddyyyyyy.”
Emmel
menjerit kegirangan dan mebuatkan Haydar dan Hana menoleh ke arah suara Emmel.
Emmel berlari dan melompat ke dalam dukungan Fawwaz. Mereka kemudiannya menuju
ke arah Hana dan Haydar di bangku panjang yang tersedia di situ. Haydar
memandang Hana dan Hana hanya tersenyum hambar kepadanya. Fawwaz datang dan
terus memperkenalkan dirinya kepada Haydar.
“Fawwaz, Hana’s husband.”
Gulp!
Oh my.. Husband? Muka Hana pucat
secara tiba-tiba. Haydar pula hanya memperkenalkan diri dengan senyuman yang
kelat di bibir. SENYUM TAK IKHLAS!
“Haydar. Old friend of Hana.”
Emmel bersuara membuatkan mereka semua di situ hanya
diam tanpa sebarang bunyi. Hana terus tunduk ke bawah tidak berani untuk
memandang wajah sesiapapun. Baik Fawwaz atau Haydar.
“No Daddy.. Uncle
told me that mommy is his girlfriend.”
“Hmm.
Emmel uncle got to go already. Take care yourself cute little girl and Hana.. I
will find you at
your place. Remember you got tell me where is the building
right? I won’t say goodbye now because you still owe me an explanation. Till
now no farewell. Fawwaz, will you please do me a favor.
Hana yang hanya menunduk ke bawah membiarkan air matanya
jatuh berjurai tanpa berniat untuk menyekanya.
“Errr.
Yeah,sure.”
“I
know it’s a bit rude to ask something from you but I hope you can help me by
doing this. Could you please take care of Hana? Don’t make her cry like what I
did just now. Make her to be like the happiest woman in the world. I know you
will do that. Thank you so much Fawwaz. I really trust you to take care of her.”
Dia menyuakan tangannya untuk berjabat tangan dengan
Fawwaz. Mungkin sebagai tanda berterima kasih kerana dia tahu Fawwaz akan
menjaga Hana seperti nyawa Fawwaz sendiri. Dia dapat lihat tanda keikhlasan di
mata Fawwaz. Haydar terus beredar dari
situ tanpa menoleh ke belakang semula. Perpisahan untuk kali kedua yang amat
menyakitkan.
~Haydar.. I
still remember the first day I met you. You’re still the first person I think
of when I wake up. I love you and I will always love you~
~Hana..
Saya cintakan awak. Saya akan selalu menunggu di setiap waktu untuk
mendengar penjelasan dari awak.I know
everything happen for a reason, but I wish that I knew what was that reason~
